3.4.10

::EASTERDAY - SALAH SATU SUNTIKAN HALUS DARIPADA KRISTIAN::

Perayaan Easter

Sebagaimana juga perayaan krismas, hari easter telah pun dirayakan oleh orang Pagan Babylon semenjak 4000 tahun dahaulu lagi. Easter diambil dari perayaan German purba yang kemudiannya dikristiankan menjadi “Easter” beberapa tahun setelah kematian Paulus. Mereka mengatakan ia adalah suatu musim kelahiran kembali matahari pada musiam bungan sebelah timur.

Menurut kepercayaan orang-orang kristian, hari easter jatuh pada hari ahad iaitu hari penjelmaan kembali Jusus setelah ditanam pada hari Jumaat. Sebenarnya kepercayaan seperti ini tidakmunasabah berdasarkan nukilan-nukilan dari bible sendiri.

Pernah Jesus berkata
“selepas tiga hari aku akan bangkit semula” (St. Mathewa 27:63).

Tiga hari bermakna 72 jam, ini adalah terlalu singkat jika Jusus ditanam diwaktu terbenam matahari di hari Jumaat kemudian hidup semula di pagi Ahad (Easter Sunrise) seperti difahami masa kini.

Bagaimana caranya easter pagan itu meresap kedalam akidah kristian?. Menurut sejarah, kepercayaan itu berlaku atas kehendak raja Konstintine selaku berlangsung Konsili Nicaea tahun 325 masehi supaya ia menjadi perayaan resmi rakyat empayar Rom., iaitu pada hari ahad musim bunga. Kehendaknya dipersetujui memandangkan adanya satu masaalah besar untuk mendaulatkan agama kristian tanpa mengharukan upacara-upacara Pagan.

Bila sebenarnya pengkebumian Jesus dan kebangkitan kembali ?. Menurut Herbert W. Armstrong, Jesus ditanam pada pukul 3.00 petang hari rabu. Pada petang sabtu barulah dia bangkit kembali. Dengan itu, kepercayaan orang-orang kristian bahawa Jesus hidup semula pada pagi ahad tidak berasas, kerana bible sendiri yang mengatakan pada pagi ahad itu dia sudah lama hidup kembali.

Seperti perayaan-perayaan lain juga hari easter disambut dengan pakaian-pakaian cantik. Kira-kira pada pukul 5.00 pagi hari ahad satu perhimpunan untuk sembahyang diadakan ditempat khas yang dikenalkan dengan
Easter Sunrise Service. Disitulah para paderi dengan kehalusan suaranya berkhatubah tentang kebangkitan kembali Jesus. Setelah lama menunggu, muncullah cahaya matahari pagi disebelah timur yang menjadikan hadirin tunduk tafakur. Pada pagi itu setiap rumah akan dimariahkan dengan telor-telor yang beranika warna dan sudah tentu menyukakan hati kanak-kanak mengutip, membaling dan memakannya. Sebenarnya telor merupakan simbul kesuburan kepada adat-adat Pagan. Begitu juga tentang perbarisan dipadi hari itu.

Sesungguhnya mereka jahil, kerana mereka melangsungkan hari-hari perayaan itu demi kepentingan mereka sendiri.

Pesanan dari editor - berhati-hatilah dengan segala apa yang wujud didunia ini. Buatlah kajian walaupun sekecil mana pun untuk memberikan kita kepastian yang sejati agar diri kita tidak akan tersesat kelak. Suntikan halus daripada musuh-musuh Islam kian lutsinar, mereka membuatkan sesuatu yang buruk itu menjadi indah kemudian disebarkan kepada kita agar kita akan sesat kelak. Salah satu caranya adalah melalui filem-filem pada zaman sekarang, mereka menyelitkan unsur-unsur keagamaan mereka dan membuatkannya menarik agar kita yang melihatnya akan memujanya.

Wahai saudara-saudara seIslamku, aku menyeru agar kalian tidak akan mudah terpedaya dengan janji-janji manis syaitan dan berfikirlah dengan lebih mendalam sebelum melakukan sesuatu perkara walau sekecil manapun perkara itu. Allah sentiasa disisi kita, mohonlah pertolongan dari-Nya dan janganlah kita kufur dengan nikmat yang diberikan kepada kita..
sekian.
[BY - ICEDEFROST]

No comments:

Post a Comment